BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 15, 2011

The Rollercoaster Ride In Our Life

Apa aku nak kaitkan dgn tajuk kat atas eh?? hehe actually pasal kehidupan manusia lah. Kadang2 kat atas, kdg2 kat bawah. Tapi kalau masa kat atas tuw kita tak hargai, mesti masa kat bawah baru nak hargai.

Aku ada 1 cerita nie. Pasal sorang budak nie. Nama dia S (bukan nama sebenar). Dia ada sorang kwn. Dulu, masa baru kenal, dia tak suka sngt kwn dia nie. Depan kwn dia nie, dia gelak2 bagai. Tapi dlm hati dia, ada yg dia tak suka pasal kwn dia nie.

Tapi, makin lama dia berkwn dgn kwn dia nie, hati S nie berubah. Dari tak suka sngt kwn dia nie, jadi suka berkwn dgn kwn dia yg bernama A (bukan nama sebenar) nie. Dari asyik sakit jiwa dengan perangai dia or erti kata lain benci perangai dia, S  jadi tak kisah dgn perangai A nie.

Makin hari, S rasa A nie kwn dia yg terbaik. Tak pernah si S nie rapat gila2 tahap gaban dgn mana2 kwn dia. Tiba2 A buatkan S ingin menjadi kwn yg paling terbaik untuk A. Dia pon sentiasa lah meluangkan masa untuk A nie tak kira lah bila2. Walaupun sampai S kena tipu mak dia. Dia tak kisah. Asalkan S dpt lepak dgn A.

Kalau kat fb jgn cita lah. Mmg sentiasa ada jer story yg S nak cita kat A kalau A online fb dia. Kdg2 A pon ada meluahkan perasaan dia kat S. Walaupun kdg2 S tak dpt nak selesaikan masalah A, tapi S rasa at least kalau dia dah jadi pendengar setia masalah A nie n gembirakan A pon dh baik.

Makin lama, S rasa tak best kalau tak dtg sekolah. Sebab tak dpt nak menatap wajah A. Antara org2 yg dia sngt syg. Tapi, takdir allah menentukan segalanya. Di saat S bahagia menjadi kwn A, suatu peristiwa berlaku. S sngt2 lah bersalah sebab S rasa benda tuw berlaku punca dari dia. Setiap hari S menangis sorang2 dalam bilik dia tanpa pengetahuan sesiapa pon. S simpan dalam hati dia.

S rasa sedih gila. Hidup dia menjadi kelam, kosong, sunyi dan sebagainya. Dia rasa "Pemberi Kebahagiaan Hidup" dia dah takda. Dh pergi buat selama-lamanya. S kini lebih suka menyendiri jikalau di rumah. Memikirkan apa yg dia telah lakukan hingga menyebabkan A menjauhkan diri dari dia.

S hampir2 demam kerana dia pening memikirkan benda nie yg bagi kwn2 S yg lain, benda yg remeh. Setiap hari S berusaha melakukan apa saja untuk kembali seperti dulu. Tetapi usahanya gagal sentiasa. S terfikir "mungkin nie ujian allah untuk aku pada bulan ramadhan nie". Jadi S hanya berdoa setiap hari agar hubungannya seperti dahulu.

Dlm hati S sentiasa ingin pergi ke A dan bgth bahawa dia ingin meminta maaf, berjanji takkan buat lagi kesalahan tuw, akan berusaha untuk berubah untuk kebaikan mereka bersama, memeluk A seerat-eratnya, bgth A yg dia terlalu rindu A. Tetapi, dialog tuw semua hanya tersisip rapi di dalam hati S.

Dia takkan mungkin dpt meluahkan isi hatinya kerana pabila dia berhadapan dgn A, dia akan hilang kata2. Takkan marah mahupun menyatakan tentang isi hati S. S berharap benda nie takkan berlarutan hingga terlalu lama. "Aku takkan sesekali ulang balik benda bodoh yg aku pernah buat". itu janji S..

Dh baca kan cerita tadi? huhu so kita kena ingat, masa kita tgh baik dgn someone tuw, hargai lah dia sebab kita tak tau kita akan kekal baik sampai bila kan. Jgn dh bergaduh, tak bertegur baru nak menyesal n baru nak hargai dia setelah dia melangkah pergi dari hidup kita :)

Assalamualaikum n Ciao! ;)

0 comments: