BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 14, 2011

Menangis Lagi...

Terasa gila update blog malam2 but takpe lah. Nk update jugak walaupun dh malam n dh nak pukul 2.30am.

Topic nie pendek jer. Simple n mudah. Aku tergerak nak bukak history fb msg antara aku dgn dia. Aku scroll hingga ke atas sebab aku nak baca dari 1st msg yg kau send kat aku. Aku baca 1 per 1 msg atau chat yg kau send kat aku. Setiap isi aku baca dengan penuh tenang. Secara tiba2, air jernih mengalir dari mata aku. Pada mulanya hanya sedikit saja yg mengalir. Tetapi makin lama, makin byk yg mengalir.

Aku tak tau kenapa air jernih tuw mengalir. Sedangkan aku bukan baca bahagian yg menyedihkan aku. Tetapi aku membaca bahagian yg menggembirakan aku. Aku terasa sedih. Peristiwa itu tak mungkin dapat aku ulang balik. Peristiwa 1 bulan lepas yg menunjukkan betapa rapatnya kita. Saling bertegur kalau dua2 on fb masing2. Saling berkongsi perasaan sedih, gembira, marah atau ape saja lah. Saling berkongsi khabar gembira antara satu sama lain.

1 bulan yg amat menggembirakan aku. Menggembirakan hidup aku. Tapi kenangan tuw hanya sementara. Semakin dekat dengan bulan ramadhan, semakin jarang berhubung sampailah 1 hari kita bergaduh. Pergaduhan pertama yg membuatkan aku menangis tak berhenti. Berfikir panjang. Kenapa aku dipilih untuk menjalani ujian yg mcm nie menuju ke bulan penuh mulia ini?

Semakin hari, kami semakin berjauhan. Tidak bertegur sesama sendiri. Masing2 membawa haluan sendiri. Tiada lagi gelak tawa bersama-sama. Tiada lagi sesi berkongsi luahan hati. Aku tiada lagi teman berbual dan bergelak tawa di fb. Aku tiada lagi pendengar setia masalah aku yg tiada penghujungnya.

Kadang2, di kala aku keseorangan, aku terfikir. Apa salah aku eh sampai buat dia benci aku mcm nie skali? Apa salah yg aku buat kat dia sampai dia taknak ada kena mengena dgn aku lagi. Aku sakitkan hati dia ker? aku terkutuk dia ker? aku terpecahkan rahsia dia ker? apa yg aku dah buat??

Aku terlalu merindui dia yg dulu. Selalu mengacau aku. Ckp kat aku "Otak kamu". Menjadi kawan aku kalau takda buku or tak buat kerja. Teman aku stay kat sekolah. Kiranya everything yg aku buat akan related dgn dia. Aku tak lupa dia setiap saat. Walaupun sampai ke hari ini. Walaupun kita dah bergaduh.

Setiap saat aku bersama dia takkan aku lupakan. Sebab itulah saat terindah dalam hidup aku yg telah diisi oleh dia. Dia mengisi kekosongan tatkala aku ketiadaan sesiapapun. Dia menjadi penyinar kebahagiaan aku. Dia menjadi peneman kesunyian aku.

Saya takkan lupakan awak. Saya nak lupakan kisah hitam antara kita ini. Matlamat saya hanya satu, iaitu menjadi kwn awak balik. Saya nak awak ikhlas memaafkan saya dan menerima saya kembali. Itu saja... :')

0 comments: