BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 24, 2011

It's Not Easy To Be A Teenagers!

Hye guys! alhamdulillah dah kenyang. Now kita buat post baru untuk blog pulak hehek :p

Berkenaan dgn tajuk kat atas tuw kan, sebenarnya saja jer buat title camtu. Tak tau nak tulis title ape. Tapi aku akan citer sikit lah pasal hidup aku nie. Teenager's life.

Sebenarnya, bukan senang nak jadi seorang remaja zaman sekarang nie. Walaupun aku baru jer umur 14 tahun, tapi aku dh menjalani pelbagai dugaan dalam hidup. Maybe org akan kata "zaman remaja lah zaman paling best" tapi bagi aku, zaman remaja nie best cuma kadang2 penat n tension.

Byk benda yg aku dah lalui yg membuatkan aku lebih matang dari segi pemikiran. Aku maybe seems like sama je dgn remaja lain. Tapi bila part2 yg memerlukan aku berfikir, aku akan berfikir sedalam-dalamnya.

Seperti kes aku yg lepas, korang semua mesti pelik. Lagi2 kalau yg baca nie remaja jugak mcm aku. Korang kalau gaduh, mesti saling maki-memaki n terus benci. Walaupun org yg kau maki, org yg kau marahkan tuw pernah jadi kawan baik korang.

Tapi aku tak buat benda2 tuw. Aku bergaduh dgn dia tapi aku tak serang balik dengan memaki dia. Aku confront dia, slow talk dan sewaktu dengannya. Sebab aku terfikir "apa yg aku dapat kalau aku maki dia balik? even dia pernah panggil aku bodoh (or maybe mcm2 lagi), tapi tak guna Api lawan dengan Api sebab confirm api tuw akan jadi lebih marak. So biarlah aku menjadi Air dan dia menjadi Api. Sebab api akan terpadam kalau terkena air."

Dari cara aku berpikir pon dah menunjukkan aku tak berfikir seperti remaja lain. Kononnya remaja nie darah panas lah. Tapi kalau darah panas jer memanjang, ape pon tak dapat nak selesai yer.

So, everyday aku just duduk, relax kan minda. Pikir kan benda2 yg positif pasal dia. Hmm cara nie mmg berkesan hahahaha XD

Kalau problem family? huhu lagilah aku ada mcm2. Tapi aku malas nak fikir sebab benda tuw susah untuk tgk perubahannya. Jadi everyday, bila pegi sekolah, aku tolak perasaan pening pasal problem family tuw jauh2. So everyday aku buat emotions yg fake.

Fake laugh, fake happiness. Haish, dlm bab2 nie, mmg aku akan tabik Pelakon-Pelakon lah coz diorang tak penat menjadi "orang lain". Sebab aku pun kena berlakon jadi orang lain n serious aku penat kay.

So now, jangan lah korang kata kehidupan sebagai remaja nie senang. Banyak kesusahan dari kesenangan yang kitorang alami. Walaupun tak sama susah dengan kehidupan orang dewasa :)


Ok cukup sampai sini. Jumpa lagi di esk hari di post yg akan datang hehek :p

Assalamualaikum n Ciao! ;)

0 comments: