BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 15, 2011

"Kali Pertama..."

Bab 1
Di suatu petang pada hari rabu, aku menemani Rose. Dia ingin berjumpa dengan seseorang. Aku turuti saja langkahnya. Ketika kami sedang menunggu orang tersebut, kami terserempak dengan Chong. Kemudian kami berbual - bual sambil menunggu. Ketika kami sedang berbual, datang seorang pelajar yang aku tidak kenal kerana dia seorang pelajar tingkatan 1 dan aku tidak pernah mengambil tahu perihal pelajar tingkatan 1. Aku hanya memerhati Rose dan pelajar itu berbual. Dari pandangan mata aku, pelajar ini sangat peramah. Lebih - lebih lagi dengan senior seperti kami bertiga. Dan tekaan aku tepat. Walaupun itu adalah kali pertama aku berjumpa dengan pelajar tersebut, tetapi kami tidak kekok berbual bersama. Seperti sudah kenal lama. Aku tidak berani untuk bertanya sendiri siapakah nama dia. Jadi aku melihat tanda namanya di tudung. Tertulis nama "Liyana". Liyana. Buat pertama kalinya aku berkawan dengan orang yang bernama Liyana..

Bab 2

Hari demi hari, kami menjadi kawan. Pada awalnya, aku tidaklah menegurnya atau mencarinya. Dia yang selalu menegurku dahulu jika kami terserempak di mana - mana. Selepas itu, kami terlibat dalam 1 projek yang sama. Makin kerap lah aku berjumpa dengannya. Aku menjadi baik dengannya. Ya, dia memang baik. Kelakar. Aku memang suka dengannya personalitinya. Di atas sebab - sebab yang tertentu, aku terpaksa menarik diri dari menyertai projek itu. Namun, aku tetap hadir pada suatu majlis yang melibatkan ahli kumpulan projek ini. Sepanjang majlis berlangsung, aku hanya berada dengan dia saja. Sedangkan pada mulanya, tujuan aku hadir pada hari sabtu tersebut adalah untuk berjumpa dan menyokong kawan - kawanku yang lain. Sepanjang kami duduk bersama, macam - macam yang kami bualkan bersama 2 orang lagi kawan aku iaitu Akim dan Syarif. Dari perihal pelajar - pelajar tingkatan 1 dan 2 hinggalah ke kisah peribadi masing - masing..

Bab 3

Mula dari sinilah kami menjadi semakin rapat. Bukan hanya sebagai kawan baik, malah sudah menjadi seperti adik beradik. Jika aku ada masalah, aku akan meluahkan segala - galanya pada Liyana. Cuma dia saja yang memahami jiwa aku. Begitu juga jika dia menghadapi masalah. Aku akan dengar dan cuba untuk memberi apa - apa kata perangsang untuknya. Hari makin hari, aku merasakan bahawa aku tak boleh menyorokkan apa - apa dari dia. Hati aku akan rasa tidak tenteram walaupun benda yang aku sorok itu cuma perkara kecil..

Bab 4

Tetapi, segala - galanya terletak di tangan Tuhan. Pada malam raya, kami bergaduh. Pergaduhan antara aku dan Liyana berlaku disebabkan aku menipunya mengenai beberapa perkara. Sekarang, kami bukan hanya tidak bertegur sapa, malahan aku terpaksa untuk memaksa diri aku agar tidak melihat mukanya langsung. Perit untuk aku melakukannya. Namun aku terpaksa. Aku hanya perlu berdoa agar dia berubah hati untuk maafkan aku dan bersabar dengan dugaan ini. Amin...

-TAMAT- 

                   Ditulis pada Sabtu, 12/11/2011.

0 comments: